KOMPONEN SISTEM EKZOS KENDERAAN


Blog ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan  tentang spesifikasi emission, mengenalpasti peralatan dan komponen, schematic diagram system, jenis-jenis kerosakan serta prosedur pemeriksaan sistem ekzos


1. SPESIFIKASI EMISSION SISTEM EKZOS KENDERAAN.

 

Di dalam sesebuah sistem ekzos kenderaan juga perlu mempunyai system perlepasan atau dikenali sebagai emission system. Tujuan sistem perlepasan ini dibina pada kenderaan adalah bertujuan untuk mengawal pengeluaran gas-gas yang merbahaya daripada kenderaan. Antara komponen tersebut adalah positive crankshaft ventilation (PCV), Exhaust gas recirculation (EGR) dan evaporative emission control (EVAP). Kesemua komponen tersebut terdapat fungsinya tersendiri, antaranya PCV ia membantu memindahkan wap daripada hasil wap pembakaran enjin. Tambahan daripada itu, EGR juga memainkan peranan yang penting dalam system tersebut. Hal ini kerana tujuan komponen dibina adalah untuk mengurangkan penghasilan NOx dengan udara dan bahan api yang baru. Hasilnya, penggunaan bahan api yang berlebihan dapat dikurangkan serta masalah pencemaran juga tidak akan berlaku.

1. ALAT-ALAT, PERALATAN, BAHAGIAN DAN BAHAN.

 

3.1  Emission Tester

Emission gas tester digunakan bagi pengukuran kepekatan pelepasan gas daripada automobile iaitu CO, CO2, HC, dan NO. Direka bentuk dengan dimensi fizikal mudah alih dan lebih kecil serta ringan. ( Rujuk rajah 1 )


 








 

    


 

 

Rajah 1: Emission Gas Tester

 

3.2  Power Tool/ Air Impact Wrench.

Air impact wrench bekerja dengan bantuan angin yang disalurkan dari kompresor dan tidak menggunakan bekalan kuasa dari elektrik. Alat ini biasanaya digunakan pada bengkel automotif, motosikal servis elektronik dan lain-lain. Berfungsi untuk membantu membuka dan memasang.

a) Square ½ “

b) Spec : 10 pcs socket

c) 1 pcs ext bar

d) 1 pcs coupler

e) 1 pcs filter

 


3.1 Special Tool

Heavy Duty Lambda Sockey Wrench 22 mm.

Socket wrench mempunyai kepala boleh putar bertujuan untuk memudahkan semasa membuka dan memasang oksigen/lamda sensor.

             Rajah 3:  Heavy Duty Lambda Sockey Wrench


3.1 Testing Equipment

Seorang Juruteknik Kanan Mekanik Kenderaan Motor harus mengetahui punca kerosakan sesuatu litar. Multimeter biasanya digunakan untuk mencari kerosakan tersebut. Multimeter mempunyai berbagai fungsi seperti menyukat rintangan, arus elektrik dan voltan AC dan DC. 

3.1  Exhaust Component

Sistem exzos  kenderaan terdiri daripada exhaust manifold, catalytic converter, resonator dan muffler di hubungkan dengan tail pipe.

1. SYHEMATIC DIAGRAM EXHAUST SYSTEM


                                           Rajah 5 – Syhematic Diagram Exhaust System

 

2. KOMPONEN SISTEM EKZOS.

5.1  Exhaust Manifold.

Tujuan exhaust manifold adalah untuk membenarkan gas hasil pembakaran bahanapi udara yang telah berlaku keluar melalui pipe dan penyenyap. Biasanya diperbuat dari cast iron (besi tuang) yang tahan panas, kerana gas hasil pembakaran sangat panas, suhunys boleh mencapai 900ยบ C.

Exhaust manifold dipasang dengan kedudukan mengikut kedudukan enjin. Exhaust maniold dibentuk mengukut saiz enjin samada dalam bentuk satu unit atau bentuk yang berpisah.

 

Rajah 6:  Exhaust Manifold

5.1 Catalytic Converter

             Jenis yang banyak digunakan adalah jenis monolithic type dengan bentuk seperti struktur lebah.  Ia diperbuat dari stainless steel mesh dan bahagian perumah dari stainless stell shell.

 

                                                Rajah 7: Catalytic Converter

 

5.2  Resonator

Resonator adalah sebahagian daripada sistem ekzos kenderaan. Mengeluarkan bunyi bergema yang kuat hasil daripada ketukan bunyi enjin. Ianya bertujuan bagi mengurangkan kesan bunyi pada sesebuah kenderaan.      

 


                                                    Rajah 8: Resonator

 Muffler

   Muffler dapat mengurangkan paras bunyi yang dikeluarkan oleh enjin dan ia juga mengurangkan bunyi dikeluarkan oleh gas-gas ekzos masa ia dalam kendalian dari catalytic converter ke atmosfera.

             Muffler biasanya diperkuatkan masa buatan dengan anti-corrosive coating agent untuk menambahkan tempoh hayat pada muffler tersebut.


                         Rajah 9: Muffler

 

      5.4.   Tail pipe.

Tail pipe diperbuat dari bahan yang sangat tahan dari kekaratan.  Ini kerana gas yang panas dan mengandungi air merupakan bahan pemangkin kepada karat. Menurut kajian bahan yang digunakan untuk membuat nya adalah menentukan hayat paip tersebut.

 

a) Plain steel boleh bertahan selama  

14.5 bulan

b) Zinc- plated steel boleh bertahan selama                                  

20    bulan

c) Turne ( tin ) plate boleh bertahan selama                                  

22    bulan

d) Zinc-coated atau galuaniyed steel boleh bertahan selama        

36    bulan

e) Aluminium-coated steel boleh bertahan selama                         

36    bulan

 


Rajah 10: Tail Pipe

 

1. JENIS-JENIS KEROSAKAN DAN PROSEDUR PEMERIKSAAN KOMPONEN EKZOS.

Ekzos memainkan peranan penting bagi mengeluarkan hasil pembakaran dalam enjin bagi menghasilkan daya tolakan selain sisa pembakaran petrol dan udara.

Sesetengah pemilik kenderaan menjadikan ekzos itu sebahagian untuk mencantikkan kenderaan sama ada dengan memasang muffler dan muncung ekzos serta warna.

Kedua-dua komponen itu juga bakal menentukan keadaan bunyi dikeluarkan ekzos sama ada kuat  atau sebaliknya.

Ada pelbagai jenis ekzos yang berfungsi mengeluarkan  pelbagai nada bunyi selain menjadikan sesebuah kenderaan itu lebih bertenaga serat menambah kuasa pecutan, bagaimanapun ia perlu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.

Bagaiman pun, sebilangan besar pemilik kereta lama kurang memberi perhatian terhadap penjagaan sistem ekzos dan hanya mengambil perhatian jika berlaku kerosakan. Antara Pemasalahan pada sistem ekzos ;

 

6.1.  Leakage (Kebocoran)

     Pemeriksaan boleh dilakukan pada sistem ekzos jika terdapat kesan keretakkan yang mana akan mengakibatkan kebocoran berlaku. Ekzos yang bocor bukan sahaja mengurangkan kuasa pecutan malah akan menambahkan lagi penggunaan bahan api.

Corrosion (Kehausan)

       Pengubahsuaian ekzos juga boleh menyebabkan kehausan melampau pada  injap ekzos ruang pembakaran. Ini akan menyebabkan kadar pelepasan asap kereta agak membimbangkan dan mengurangkan kuasa pecutan.

 

6.3   Noise, vibration & harshness (NVH).

       Noise, vibration & harshness ( NVH ) akan berlaku seandainya getah pada penyangkut exhaust hanger tersebut koyak atau retak , ini akan menghasilkan kesan gegaran atau tidak.

6.4  Exhaust Manifold Inspection

                                                                                                 

a) Langkah Pemeriksaan

i) Periksa samada terdapat kesan retak pada seluruh permukaan      exhaust manifold.

ii) Hidupkan enjin kenderaan dan kenal pasti di manakah kebocoran tersebut berlaku.

iii) Periksa juga keadaan gasket exhaust manifold samada perlu di tukar yang baru atau tidak.

iv) Buat pemeriksaan secara visual pada komponen tersebut.

 

b) Langkah Pengujian

i. Hidupkan enjin kenderaan dan dengar samada masih terdapat bunyi kebocoran pada exhaust muffler.

Exhaust Flexible Pipe Inspection


 

Rajah 11: Exhaust Flexible Pipe

a) Langkah Pemeriksaan

i) Periksa samada terdapat kerosakan pada dawai besi flexible pipe         tersebut.

ii) Periksa samada terdapat kesan kebocoran atau keretakan pada exhaust pipe tersebut.

 

b) Langkah Pengujian

i) Bengkokkan flexible pipe tersebut dan lihat samada dawai pada flexible pipe elok atau tidak.

ii) Hidupkan enjin kenderaan untuk memastikan tiada sebarang kebocoran yang berlaku pada exhaust flexible pipe.

 

6.6    Exhaust Sensor Inspection.


 

 

Rajah 12: Exhaust Sensor

a) Langkah Pemeriksaan

i) Membuat pemeriksaan visual pada komponen tersebut.

ii) Periksa samada persambungan wayar pada exhaust masih dalam   keadaan baik atau tidak.

iii) Dengan menggunakan scan tool bagi memeriksa dan mengenalpasti keadaan exhaust sensor.

b) Langkah Pengujian

i) Dengan menggunakan multimeter untik menguji continuty yang      terdapat pada komponen tersebut.

· Spesifikasi multimeter yang ditetapkan :-

· Set multimeter pada 10 ohm.Bacaan ( 0.1 volt – 0.9 volt )

 

6.7   Catalytic Converter Inspection

a) Langkah Pemeriksaan

i) Membuat pemeriksaan secara visual pada komponen tersebut.

ii) Periksa keadaan catalytic converter samada bocor atau tidak.

 

b) Langkah Pengujian

i) Melakukan pengujian suhu pada catalytic converter.

ii) Menghidupkan enjin kenderaan untuk memastikan tiada    sebarang bunyi kebocoran pada catalytic converter.

 Exhaust Pipe Inspection

a)  Langkah Pemeriksaan

i) Membuat pemeriksaan secara visual terhadapo komponen tersebut.

ii) Periksa setiap permukaan exhaust pipe samada terdapat kesan kebocoran atau patah.

 

b) Langkah Pengujian.

i) Setelah melakukan pemeriksaan hidupkan enjin kenderaan dan dengar samada masih terdapat bunyi kebocoran pada exhaust pipe tersebut.

ii) Melakukan pengujian dengan menggunakan vacuum untuk menguji kebocoran pada exhaust pipe.

 

6.8   Exhaust Hanger Inspection.

a) Langkah Pemeriksaan

i) Membuat pemeriksaan secara visual

ii) Memeriksa samada getah pada penyangkut exhaust hanger tersebut  koyak atau retak.

iii) Periksa keadaan besi penyangkut utuk mengenalpasti komponen masih dalam keadaan baik atau tidak.

 

b) Langkah Pengujian

i) Membuat ujian uji pandu pada kenderaan untuk menguji keadaan exhaust  hanger samada masih menghasilkan kesan gegaran atau tidak.

 

6.9   Exhaust Muffler Inspection

a) Langkah Pemeriksaan

i) Membuat pemeriksaan secara visual pada komponen tersebut.

ii) Periksa setiap permukaan muffler untuk mengenalpasti dimana kebocoran atau keretakan tersebut berlaku.

b) Langkah Pengujian

i) Setelah selesai melakukan pemeriksaan, hidupkan enjin  kenderaan dan dengar samada exhaust muffler menghasilkan bunyi kebocoran.

ii) Seterusnya, membuat ujian uji pandu pada kenderaan tersebut.

 Positive Crankcase Ventilation ( PCV )

Rajah 17: Positive Crankcase Ventilation ( PCV )

 

 

a) Langkah Pemeriksaan

i) Membuat pemeriksaan secara visual pada keseluruhan komponen.

ii) Periksa samada komponen tersebut patah atau rosak pada komponen tersebut.

iii) Meletakkan jari pada permukaan injap PCV dan periksa sama ada vacuum inlet manifold dapat dirasai.

 

b) Langkah Pengujian

i) Meniup PCV pada bahagian cylinder head, dan periksa samada udara dapat keluar dengan mudahnya.

ii) Meniup PCV pada bahagian pengambilan udara dan periksa    samada udara tidak dapat melalui dengan mudah.


  6.11   Evaporative Emission Control System (EVAP) Inspection.

 

 


Rajah 18: Evaporative Emission Control System (EVAP)

a) Langkah Pemeriksaan

i) Membuat pemeriksaan secara visual pada komponen tersebut.

ii) Periksa samada terdapat kesan keretakan atau kerosakan pada komponen.

iii) Periksa setiap port pada komponen tersebut samada retak atau patah.

iv) Periksa juga keadaan setiap pipe yang bersambung pas EVAP.

v) Periksa juga keadaan charcoal chanistorsamada tersumbat atai tidak.

 

b) Langkah Pengujian

i) Dengan menggunakan vacuum pump untuk memulakan pengujian.

ii) Melakukan pengujian pada ketiga-tiga port pada charcoal chanister.

· Spesifikasi vacuum pump yang ditetapkan.    Port A.B.C : ( 4.71 kpa / 0.68 psi )

· 

6.12   Exhaust Recirculation (EGR) Inspection.

Rajah 19: Exhaust Recirculation (EGR)

 

a) Langkah Pemeriksaan

i) Membuat pemeriksaan secara visual  pada komponen tersebut.

ii) Periksa samada terdapat kebocoran pada komponen tersebut.

iii) Dengan menggunakan scan tool, periksa samada terdapat kegagalan pada  ( EGR ).

a) Langkah Pengujian

i) Hidupkan enjin kenderaan untuk melakukan pengujian tersebut dengan menggunakan vacuum pump.

ii) Pump EGR tersebut sehingga mencapai satu tahap yang maximum.

iii) Rujuk service manual untuk mengatahui samada komponen tersebut menepati spesifikasi yang di tetapkan.


1. Automotif Kenderaan Tingkatan 4 & 5Dewan Bahasa Dan Pustaka.

ISBN 983- 62-8619-5. Muka Surat 181 hingga 192.

 

2. Teknologi Automotif.Mohd Bahaman Mohd Rajuli. International Book Service,

Petaling Jaya.ISBN 967-950-128-0. Muka Surat 234 hingga 241.