PERANCANGAN MEMIMPIN BENGKEL KENDERAAN

   Blog ini menerangkan Seseorang Yang Diberi Kuasa , Tanggungjawab  Untuk Merancang, Mengelola, Memimpin dan Mengawal Tugasan  & Pekerjanya untuk mencapai Visi, Misi dan Objektif organisasinya. 

 1. SEDIAKAN JADUAL BERTUGAS DI BENGKEL

a. Tujuan dan fungsi Jadual Bertugas.

Ø Menyelaraskan kerja antara Bahagian dalam Jabatan sepertimana yang diarahkan.

Ø Menyelaraskan tugas dengan dengan baik dan lebih sistematik.

Ø Menyelaras pekerja mengikut kapasiti dan kepakaran masing-masing.

Ø Menyelaras tugasan pekerja mengikut kemampuan dan kebolehan pekerja.

Ø Merancang aktiviti harian pekerja.

Ø Menyediakan perancangan operasi untuk jangka panjang dan jangka pendek.

b. Keperluan penyediaan jadual bertugas:-

Jadual bertugas yang disediakan merupakan satu teknik menyusun pekerja sesuai

dengan keperluan tugasan mereka. Terdapat beberapa faktor membuatkan penyelia

perlu menyediakan jadual bertugas. Antaranya ialah:-

Menyusun waktu bertugas pekerja-pekerja yang bertugas secara sepenuh masa.

Menyusun waktu bertugas pekerja-pekerja yang bertugas secara fleksi.

Menyusun waktu bertugas pekerja-pekerja yang bertugas secara  sambilan.

 


c. MATLAMAT

Membolehkan piawai kualiti kerja yang sebenar tercapai.

Menentukan kualiti perkhidmatan yang diberikan memuaskan pelanggan.

Menentukan jangkamasa yang ditetapkan tercapai dan memenuhi kehendak organisasi.

Mengurangkan pembaziran penggunaan masa, bahan dan tenaga kerja. 


2. MENGENDALI SESI TAKLIMAT

a. DEFINASI TAKLIMAT

• Merupakan suatu keterangan ringkas mengenai sesuatu yang berlaku atau sesuatu yang dihasilkan.

• Sebuah pengucapan pemakluman dan disampaikan secara hubungan dua hala dalam situasi formal atau tidak fomal.

• Dalam taklimat , ada sesi soal jawab diantara penyampai taklimat dengan semua yang terlibat.



b. FORMAT TAKLIMAT

1. Kata alu-aluan atau sapaan.

2. Kandungan

3. Penutup

 

c. PERSEDIAAN SESI TAKLIMAT

1. Sediakan nota atau bahan rujukan sebelum memulakan taklimat.

2. Berucap dengan ringkas

3. Elakkan ucapan beremosi

4. Utamakan ucapan factual

5. Utamakan matlamat organisasi

6. Utamakan perkara-perkara keselamatan

 

d. PROSEDUR PENYAMPAIAN TAKLIMAT

1. Mulakan dengan sesuatu yang menarik perhatian pendengar.

2. Pastikan penyampaian bertenaga.

3. Pastikan ucapan bersistematik.

4. Sertakan perkataan yang menunjukkan turutan

5. Ceritakan pengalaman anda / Berikan contoh dan fakta.

e. Taklimat Bengkel (Short Talk)

ü Terangkan visi, misi & objektif syarikat.

ü Terangkan isu-isu aduan pelanggan

ü Terangkan kaedah penyelesaiannya

ü Terangkan isu-isu keselamatan

ü Terangkan pencapaian hasil kerja kakitangan

ü Terangkan target syarikat

ü Terangakan keperluan syarikat

ü Terangkan perancangan syarikat

ü Ucapkan penghargaan pada kakitangan

ü 

f. TAKLIMAT YANG BERKESAN

Ringkas

Tepat

Cepat

Padat

Bertujuan

 

g. KESAN BAIK HASIL DARI SESI TAKLIMAT

Kakitangan akan merasakan :

Diberi perhatian

Dihargai & kesedaran

Mempunyai visi, misi & objektif yang sama

Tahu keperluan kerja

Tahu kepentingan tugas

Tahu tanggungjawab




RUJUKAN/REFERENCES :

1. BOSCH, Automotive Terminology, Published by SAE in 1998, ISBN 0-7680-0338-5.

2. Jose Luis Leyva, Learn Automotive Terminology in 2015, ISBN 9-781503-225725.

3. BOSCH, Automotive Handbook, Published by Bosch in 1996, ISBN 1-56091-918-3.

4. Thomas D, Gillespie, Fundamentals of Vehicle Dynamics, Published by SAE in 1999,
    ISBN 1-56091-199-9.

5. Michale Plint, Antony Martyr, Engine Testing Theory and Practice, Published by SAE
    in 1999, ISBN 0-7680-0314-8.

6. Rudolf Limpert, Brake and Design Safety, Published by SAE in 1999, ISBN 1-56091-

    915-9. 

No comments: